1. PENGENALAN   Pengurusan sekolah merupakan aset yang amat penting dalam menentukan perkembangan dan kemajuan pendidikan sesebuah sekolah pada masa akan datang. Justeru itu pengurusan yang berkualiti dan cemerlang boleh membantu sekolah menangani sebarang masalah, sekaligus dapat meningkatkan pembangunan pendidikan ke tahap yang optima dan bertaraf dunia.

2. OBJEKTIF Memberi bimbingan dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan, fizikal dan staf semua sekolah ke tahap cemerlang. Membantu pihak sekolah melaksanakan budaya cemerlang. Memberi bimbingan dan merancang untuk merealisasikan MS ISO 9001-2000 dalam pengurusan di sekolah. Memastikan Program Peluasan Projek Juara menjadi budaya kerja di semua sekolah.

3. MATLAMAT Memastikan Pengetua/Guru Besar menjadi pentadbir dan pengurus yang cemerlang dalam aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan, perkembangan staf, pembangunan fizikal, dan pembangunan pendidikan ke tahap optimum. Menyedarkan warga pendidik agar sama-sama merealisasikan budaya cemerlang dan MS ISO 9001 - 2000 untuk melahirkan sekolah yang cemerlang dan efektif. Memastikan semua sekolah mematuhi kehendak dan peraturan Akta pendidikan 1995. Memastikan Program Juara II 2001 - 2005 benar-benar dihayati dalam semua aspek pengurusan sekolah.

4. MOTO   “PENGURUSAN EFEKTIF TERAS KECEMERLANGAN”    

5. PIAGAM PELANGGAN  

•  Memenuhi peruntukan dan keperluan guru serta kakitangan sokongan untuk semua sekolah.

•  Memastikan semua guru dan kakitangan sokongan dapat bertugas dengan selesa dan sempurna.

•  Berikhtiar agar setiap pelajar mendapat tempat dan kemudahan belajar di sekolah yang sesuai dan permohonan pertukaran mereka diurus dengan segera.

•  Sentiasa membantu serta memberi layanan yang mesra dan segera.

8. HALATUJU DAN STRATEGI PENGURUSAN SEKOLAH Merealisasikan MS ISO 9001 - 2000 dalam pengurusan PPD dan sekolah mengamalkan ‘Budaya Sekolah' yang efektif. Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dan kegemilangan pendidikan bertaraf dunia. Semua warga sekolah mengamalkan konsep maufakat, toleransi dan berhemat tinggi serta mampu melahirkan anak didik yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketarampilan dan sejahtera. Ke arah pengurusan sekolah yang berkualiti.

9. SENARAI STAF

Pegawai Pelajaran Daerah

Hj. Sepian b. Nor

Penolong PPD Pengurusan Sekolah (M)

En. Shaari bin Daud

Penyelia Pelajaran Kanan Pengurusan Sekolah (R)

En Che Ab. Rahman b. Ahmad

Penyelia Pelajaran Pengurusan Sekolah (R)

En Mohd Fauzi b. Yaacob

Pegawai Khas KGSK

En Mohd Yusoff b. Deraman    

 

TUGAS PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PENGURUSAN SEKOLAH EN. SHAARI BIN DAUD (RENDAH & MENENGAH)


Menyelia pengurusan dan pentadbiran termasuk institusi yang berkaitan:

•  Pendaftaran dan Pertukaran Murid.

•  Pendaftaran dan Pertukaran Murid Asing.

•  Pertukaran dan Penempatan Guru.

•  Permohonan Guru Ganti.

•  Pengurusan KGSK

•  Pengurusan KRK

•  Urusan Pendaftaran/Kemasukan murid SBP

•  Panel Pergerakan Gaji dan Penilaian Prestasi

•  Kelulusan Cuti Guru Besar dan Pengetua

•  Kelulusan Cuti Peristiwa/Upacara Sekolah

•  Kelulusan Permohonan Pelancongan/Pendaftaran PIBG

•  Anggaran Belanja Mengurus (Aktiviti/Perjawatan)

•  Pemantauan sekolah.

•  Program-program Khas Sekolah

•  Menyelia dan mengawal semua yang berkaitan dengan pengurusan sekolah.

•  Naib Pengerusi Panel Pertukaran dan Penempatan Guru.

•  Naib Pengerusi Panel Pengambilan dan Penempatan Guru Sandaran.

•  Naib Pengerusi Panel Kenaikan Pangkat Guru.

•  Naib Pengerusi Panel Pembangunan Pendidikan dan Fizikal.

•  Menyediakan unjuran keperluan pendidikan, pembangunan fizikal dan perkembangan pendidikan peringkat daerah.

•  Menguruskan data, maklumat perjawatan, dan pengurusan sekolah.

•  Menyelaras urusan pentadbiran dan kewangan di peringkat daerah.

•  Pengurusan pendidikan swasta.

•  Pengurusan pendidikan khas dan pra sekolah.

Tugas-Tugas Khas:

•  Timbalan Pengerusi Majlis Permuafakatan PPD TMJ

•  Timbalan Pengerusi Perayaan Hari Guru Daerah TMJ

•  Naib Pengerusi Urusetia PPG PPD TMJ

•  Naib Pengerusi Panel Cadangan Kenaikan Pangkat Guru SM/SR.

•  Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD Tanah Merah-Jeli.  

 

PENYELIA PELAJARAN KANAN PENGURUSAN SEKOLAH (RENDAH)

EN. CHE AB. RAHMAN B. AHMAD

•  Setiausaha Panel Pertukaran dan Penempatan Guru Sekolah rendah: TUGAS-TUGAS

•  Menghadiri mesyuarat penyelarasan pertukaran guru sekolah rendah di peringkat JPN.

•  Menyediakan senarai bersatu permohonan pertukaran guru sekolah rendah dalam PPD.

•  Menyelaras mesyuarat Panel Pertukaran dan Penempatan Guru Sekolah Rendah yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah.

•  Menyediakan memo pertukaran dan penempatan guru yang diluluskan oleh Panel untuk tandatangan Pegawai Pelajaran Daerah.

•  Setiausaha Kenaikan Pangkat Guru Besar dan Penolong Kanan Sekolah Rendah.

olah Rendah dan KUDAP.

•  Program Pemantauan Kelas Langkau.

•  Guru Praktikum II Sekolah Rendah.

•  Penyeliaan dan pemantauan Pengurusan & Pentadbiran Am sekolah rendah.

•  Tugas-Tugas Khas:

- Setiausaha Majlis Pemuafakatan Pendidikan PPD TMJ

- Setiausaha Perayaan Hari Guru Daerah TMJ

- Setiausaha Urusetia PPG PPD TMJ

- Mengawal Sistem Fail

- Mengawal Buku Kedatangan Staf  

•  Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah dan JPN.        

PENYELIA PELAJARAN PENGURUSAN SEKOLAH (RENDAH)

EN MOHD FAUZI B. YAACOB  

1. Bertanggungjawab kepada pegawai pelajaran Daerah dalam hal-hal dengan pengurusan pra-sekolah meliputi:  

•  Pengurusan & Perancangan

•  Program Perluasan

•  Perolehan dan penyebaran kurikulum, kokurikulum, kewangan

•  Pendaftaran dan Kemasukan Murid

•  Pengurusan kualiti Prasekolah.

2. Setiausaha Kepada Program Star rating PPD meliputi:  

•  Pengurusan program star rating sekolah-sekolah

•  Pemantauan dan penyeliaan.

Balik ke muka depan