1. PENGENALAN

Pengurusan kurikulum merupakan pengurusan yang terpenting yang meliputi 70% daripada pengurusan di sekolah. Pengurusan kurikulum yang cekap dan berkualiti akan menghasilkan sekolah yang cemerlang potensi akademiknya.

 

2. OBJEKTIF

•  Mempertingkatkan profesionalisma pegawai, guru dan staf sokongan dalam pelbagai bidang keilmuan.

•  Mempertingkatkan pencapaian akademaik, penghayatan dan amalan kerohanian serta moral di kalangan pelajar.

•  Mempertingkatkan bilangan pelajar yang celik 3M, celik teknologi dan mengamalkan budaya ilmu.

•  Mempertingkatkan kecemerlangan pelajar dan sekolah dalam peperiksaan PTS, UPSR, PMR, SPM dan STPM.

•  Mempertingkatkan kecemerlangan pelajar dan sekolah dalam bidang kokurikulum akademik.

•  Menggalakkan penyertaan pelajar dalam aliran sains & teknikal sehingga mencapai 60:40

•  Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengendalian Peperiksaan Kebangsaan.

 

 

3. MATLAMAT

•  Melahirkan pengurus kurikulum yang dedikasi, kreatif dan inovatif.

•  Melahirkan pengurus kurikulum yang profesional.

•  Pengurusan kurikulum yang berkesan dan cekap.

•  Semua sekolah meningkat dalam prestasi akademik.

•  Semua sekolah mengamalkan “Budaya Ilmu”.

•  Meningkatkan kecemerlangan individu dan kecemerlangan sekolah.

•  Pengurusan dan pengendalian Peperiksaan Kebangsaan yang cekap.

 

4. VISI DAN MISI UNIT PENGURUSAN KURIKULUM

Sektor pengurusan kurikulum bersedia memberikan khidmat profesional dan berkongsi pengalaman dengan guru-guru dan pengurus sekolah. Menyebarkan maklumat pendidikan dengan cepat dan cekap serta melaksanakan pengurusan kurikulum dengan cekap dan berkesan.

Usaha berterusan ini bertujuan melahirkan guru serta pengurus kurikulum yang dedikasi, kreatif dan inovatif yang mampu melahirkan insan cemerlang melalui perlaksanaan kurikulum yang menepati FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA dan perancangan strategik merealisasikan hasrat PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

 

5. PIAGAM PELANGGAN PENGURUSAN KURIKULUM

•  Memastikan pengurus kurikulum dan guru-guru mendapat kursus profesionalisma dalam bidang masing-masing.

•  Membuat lawatan penyeliaan akademik ke sekolah-sekolah setiap bulan.

•  Memastikan segala program Akademik yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan sempurna.

•  Membantu menyelesaikan masalah akademik yang dihadapi oleh sekolah dengan segera dan profesional.

•  Menyampaikan maklumat ke sekolah-sekolah dengan cepat dan tepat.

 

6. STRATEGI PENGURUSAN KURIKULUM

•  Menjalankan pemantauan akademik di sekolah-sekolah.

•  Melaksanakan program khas peningkatan akademik.

•  Menganjur dan mengelola kursus, bengkel dan latihan dalam perkhidmatan bagi pegawai, pengurus sekolah dan guru.

•  Menghasilkan Alat Bantu Mengajar.

•  Menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) yang berterusan.

•  Mendokumentasikan bahan dan laporan.

•  Membentuk kumpulan “ Bench-Marking ” bagi mata pelajaran dan membentuk fungsi tertentu.

•  Menjalankan penilaian berterusan bagi menentukan keberkesanan setiap program yang dilaksanakan.

•  Menggerakkan dan memantapkan kegiatan dalam pertandingan kokurikulum akademik.

 

7. HALA TUJU PENGURUSAN AKADEMIK

•  Merealisasikan MS ISO 9002 dalam pengurusan kurikulum.

•  Mengamalkan budaya ilmu yang berkesan.

•  Berusaha ke arah kecemerlangan akademik.

 

8. SENARAI STAF PENGURUSAN AKADEMIK

Pegawai Pelajaran Daerah

Hj. Sepian b. Nor

En Husain b. Ab Ghani

En Kamaruzaman b. Zakaria

Pn Rohida bt. Mohamed

En Razali b. Kasim

 

PENOLONG PPD PENGURUSAN KURIKULUM (SAINS-MATEMATIK)

EN. HUSAIN BIN ABD. GHANI

Menyelia dan membuat pengesahan bagi:

•  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah.

•  Membimbing dan memberi panduan kepada guru-guru berkaitan urusan P&P.

•  Urusetia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan perlaksanaan kurikulum di peringkat daerah.

•  Merancang dan melaksanakan projek-projek/program khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik di sekolah-sekolah.

•  Merancang dan penyelaras strategi perlaksanaan semua matapelajaran KBSR dan KBSM.

•  Merancang perlaksanaan program latih tubi untuk kelas-kelas peperiksaan peringkat negeri.

•  Menggerak program bersepadu guru-guru cemerlang bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik daerah.

•  Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan mata pelajaran Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial dan Teknik Vokasional. Ditambah dengan program-program khas KPM.

•  Perancangan dan pemantauan sekolah yang mempunyai kelas/subjek teknikal dan vokasional.

 

PENOLONG PPD PENGURUSAN KURIKULUM (BAHASA)

(PUAN ROHIDA BT MOHAMED)

 

1. Penyeliaan, pengesanan, penilaian dan pemantauan pelaksanaan program, projek dan aktiviti Bahasa Melayu dan Inggeris.

•  Penyeliaan mutu dan prestasi guru-guru Bahasa Melayu dan Inggeris.

•  Membantu guru-guru meninggikan lagi taraf P&P Bahasa Melayu dan Inggeris.

•  Memastikan Guru-Guru Bahasa Melayu dan Inggeris menggunakan Alat Bantu mengajar yang betul dan berkesan.

•  Membuat lawatan pemantauan Bahasa Melayu dan Inggeris dan lawatan tindakikut ke atas laporan lawatan nazir.

2. Pendidikan dalam Perkhidmatan Dan Perkembangan Staf

•  Merancang, menyusun dan melaksanakan program perkembangan staf untuk meningkatkan prestasi dan kemampuan guru-guru untuk menjayakan P&P.

•  Menyediakan laporan bagi setiap kursus/aktiviti yang dilaksanakan.

•  Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.

3. Penyebaran Maklumat Penting Kurikulum, Pendidikan dan P&P

•  Menasihati sekolah-sekolah dalam hal-hal pembelian buku teks bahasa dan alat bantu mengajar.

4. Pengumpulan dan pengisian maklumat

•  Membuat kaji selidik dan analisa terhadap pencapaian murid-murid.

•  Membantu untuk menyediakan senarai kekananan guru.

 

PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PENGURUSAN KURIKULUM

( KEMANUSIAAN)

EN. KAMARUZAMAN B ZAKARIA

 

Bertanggunjawab Kepada Pegawai Pelajaran Daerah, di dalam merancang, menyelaras, melaksana, menyelia dan mengambil tindakan susulan pada perkara-perkara berikut:

 

Tugas-Tugas Pentadbiran

1. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran Unit Kurikulum (Kemanusiaan)

2. Bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada semua Guru Kanan Sains Sosial

3. Bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada semua guru mata pelajaran Sains Sosial / Kemanusiaan

4. Bertindak sebagai pegawai perhubungan antara Pejabat Pelajaran Daerah dengan Jabatan Pelajaran Kelantan, Kementerian Pelajaran Malaysia atau unit-unit lain dalam pengurusan mata pelajaran Sains Sosial / Kemanusiaan

5. Pegawai meja peningkatan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Tugas-tugas Profesional

1. Bertanggungjawab dalam perancangan, pelaksanaan dan penyeliaan program peningkatan prestasi akademik bagi mata pelajaran Sejarah, Geografi, PJPK, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Pendidikan Seni Visual dan Kajian Tempatan selaras dengan aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

2. Membuat pemantauan ke sekolah-sekolah bagi mempastikan:

2.1 Panitia mata pelajaran Sains Sosial/Kemanusiaan berfungsi dan diurus dengan baik.

2.2 Proses Pengajaran pembelajaran dibilik darjah dilaksanakan dengan berkesan dan mengikut saranan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.3 Sukatan pelajaran dan modul pembelajaran bagi mata pelajaran Sains Sosial / Kemanusiaan diaplikasikan.

2.4 Program peningkatan prestasi mata pelajaran Sains Sosial/Kemanusiaan dirancang dan dilaksanakan.

2.5 Bilik dan bahan P & P mata pelajaran Sains Sosial diuruskan dengan sempurna dan bersistematik bagi menepati kehendak pengajaran dan pembelajaran.

3. Merancang dan mengelola kursus, seminar dan bengkel peningkatan prestasi kurikulum bagi pengetua,guru besar dan penolong kanan supaya mereka dapat memantapkan diri dalam pengurusan kurikulum di sekolah.

4. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus dalam perkhidmatan dan peningkatan profesionalisme peringkat daerah untuk guru-guru mata Sains Sosial / Kemanusiaan.

5. Membentuk jawatankuasa akademik daerah bagi semua mata pelajaran Sains Sosial bagi membincang dan mengambil tindakan yang positif demi memperbaiki taraf dan mutu akademik.

6. Mengkaji dan membuat tindak ikut dan susulan ke atas laporan akademik yang dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah, Lembaga peperiksaan Malaysia dan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri.

7. Merancang dan melaksanakan program khas peningkatan mata pelajaran Sains Sosial/Kemanusiaan peringkat daerah melibatkan sasaran guru dan pelajar.

8. Menyediakan laporan-laporan serta analisis berkaitan dengan kemajuan dan prestasi akademik dalam peperiksaan bagi mata pelajaran di bawah kawalan Unit Sains Sosial / Kemanusiaan untuk mengenal pasti tahap pcncapaian sekolah dari semasa ke semasa.

9. Menyebarkan makiumat terkini tentang semua mata pelajaran di bawah kawalan Unit Sains Sosial / Kemanusiaan.

10. Mengelola dan melaksanakan aktiviti ko akadernik Unit Sains Sosial / Kemanusiaan.

11. Mengenal pasti guru-guru yang berketrampilan untuk dilantik sebagai Jurulatih Utama mata pelajaran Sains Sosial / Kemanusiaan.

12. Mengumpul data dan maklumat guru semua mata pelajaran dibawah kawalan Unit Sains Sosial / Kemanusiaan.

13. Mengurus mesyuarat j awatankuasa Sains Sosial / Kemanusiaan peringkat daerah.

14. Menyediakan laporan tahunan Unit Sains Sosial / Kemanusiaan.

15. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pegawai Pelajaran Daerah dari semasa ke semasa.

 

PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PENGURUSAN KURIKULUM

(TEKNIK DAN VOKASIONAL)

EN. RAZALI B. KASIM

 

Bertanggunjawab Kepada Pegawai Pelajaran Daerah, di dalam merancang, menyelaras, melaksana, menyelia dan mengambil tindakan s usulan pada perkara-perkara berikut:

 

Tugas-Tugas Pentadbiran

1. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran Unit Kurikulum (Teknik - Vokasional)

2. Bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada semua Guru Kanan Teknik-Vokasional

3. Bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada semua guru mata pelajaran Teknik - Vokasional

4. Bertindak sebagai pegawai perhubungan antara Pejabat Pelajaran Daerah dengan Jabatan Pelajaran Kelantan, Kementerian Pelajaran Malaysia atau unit-unit lain dalam pengurusan mata pelajaran Teknik - Vokasional

5. Pegawai meja peningkatan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

 

Tugas-tugas Profesional

1. Bertanggungjawab dalam perancangan, pelaksanaan dan penyeliaan program peningkatan prestasi akademik bagi mata pelajaran Sejarah, Geografi, PJPK, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Pendidikan Seni Visual dan Kajian Tempatan selaras dengan aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

2. Membuat pemantauan ke sekolah-sekolah bagi mempastikan:

2.1 Panitia mata pelajaran Sains Sosial/Teknik - Vokasional berfungsi dan diurus dengan baik.

2.2 Proses Pengajaran pembelajaran dibilik darjah dilaksanakan dengan berkesan dan mengikut saranan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.3 Sukatan pelajaran dan modul pembelajaran bagi mata pelajaran Teknik - Vokasional diaplikasikan.

2.4 Program peningkatan prestasi mata pelajaran Sains Sosial/Teknik - Vokasional dirancang dan dilaksanakan.

2.5 Bilik dan bahan P & P mata pelajaran Teknik - Vokasionaldiuruskan dengan sempurna dan bersistematik bagi menepati kehendak pengajaran dan pembelajaran.

3. Merancang dan mengelola kursus, seminar dan bengkel peningkatan prestasi kurikulum bagi pengetua,guru besar dan penolong kanan supaya mereka dapat memantapkan diri dalam pengurusan kurikulum di sekolah.

4. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus dalam perkhidmatan dan peningkatan profesionalisme peringkat daerah untuk guru-guru mata Teknik - Vokasional.

5. Membentuk jawatankuasa akademik daerah bagi semua mata pelajaran Teknik - Vokasionalbagi membincang dan mengambil tindakan yang positif demi memperbaiki taraf dan mutu akademik.

6. Mengkaji dan membuat tindak ikut dan susulan ke atas laporan akademik yang dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah, Lembaga peperiksaan Malaysia dan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri.

7. Merancang dan melaksanakan program khas peningkatan mata pelajaran Sains Sosial/Teknik - Vokasional peringkat daerah melibatkan sasaran guru dan pelajar.

8. Menyediakan laporan-laporan serta analisis berkaitan dengan kemajuan dan prestasi akademik dalam peperiksaan bagi mata pelajaran di bawah kawalan Unit Teknik - Vokasional untuk mengenal pasti tahap pcncapaian sekolah dari semasa ke semasa.

9. Menyebarkan makiumat terkini tentang semua mata pelajaran di bawah kawalan Unit Teknik - Vokasional.

10. Mengelola dan melaksanakan aktiviti ko akadernik Unit Teknik - Vokasional.

11. Mengenal pasti guru-guru yang berketrampilan untuk dilantik sebagai Jurulatih Utama mata pelajaran Teknik - Vokasional.

12. Mengumpul data dan maklumat guru semua mata pelajaran dibawah kawalan Unit Teknik - Vokasional.

13. Mengurus mesyuarat j awatankuasa Teknik - Vokasional peringkat daerah.

14. Menyediakan laporan tahunan Unit Teknik - Vokasional.

15. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pegawai Pelajaran Daerah dari semasa ke semasa.