PENYELIA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
(US. MOHAMMAD BIN ABDULLAH & US. NIK MUD NIK MAT)
[Unit pengurusan KAFA] [Unit Pengurusan J-Qaf]
Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan semua matapelajaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam di sekolah menengah. Ditambah dengan subjek Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah di SMK, KAA dan SABK.
Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Jawi di sekolah rendah. Ditambah dengan program j-QAF.
Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Jawi di SJKC dan SJKT juga menyelaras program j-QAF.
Menyelia dan membuat pengesahan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Membimbing dan memberi panduan kepada guru-guru berkaitan urusan pengajaran dan pembelajaran.
Urus setia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum di peringkat daerah dan negeri.
Merancang dan melaksanakan projek-projek/program khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik di sekolah-sekolah.
KO-AKADEMIK (AGAMA)
Merancang, melaksana dan menyelaras kegiatan Ko-Akademik Pendidikan Islam di peringkat daerah dan negeri untuk sekolah menengah dan sekolah rendah
Merancang, melaksana dan menyelaras kegiatan kerohanian dan kepimpinan guru dan pelajar Islam.
Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam
Mengadakan dan menyelaras kursus kehakiman kepada GPI bagi menjadi hakim aktiviti-aktiviti ko-akademik.
Melaksanakan penyeliaan, pengesanan, penilaian dan pemantauan pelaksanaan program, projek dan aktiviti Pendidikan Islam di sekolah-sekolah.
Membuat penyeliaan mutu dan prestasi guru-guru Pendidikan Islam.
Menyemak buku rekod mengajar guru dan buku latihan murid dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam.
Membantu Guru-Guru Meninggikan taraf P&P Pendidikan Islam.
Membantu Guru-Guru Pendidikan Islam menggunakan ABM yang betul dan berkesan.
Membuat lawatan tindakikut ke atas laporan lawatan seperti laporan lawatan nazir sekolah.
Menyelaras kerja-kerja kursus Pendidikan Islam dan PAFA.
Pendidikan dalam perkhidmatan dan perkembangan staf
Merancang, menyusun dan melaksanakan program pembangunan staf untuk meningkatkan lagi mutu, prestasi dan kemampuan guru-guru Pendiddikan Islam untuk menjayakan P&P.
Menyediakan laporan bagi setiap kursus dan aktiviti yang dilaksanakan.
Penyebaran maklumat Penting Kurikulum, pendidikan dan P&P
Merancang dan amengurus perkembangan, peningkatan dan penyediaan bahan P&P pendidikan Islam.
Pengumpulan dan penganalisian maklumat
Membuat kaji selidik dan analisis pencapaian murid dalam subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Menyimpan rekod dan maklumat serta biodata guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Perlaksanaan Aktiviti Kokurikulum Bersifat Akademik Dalam Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab.
Menguruskan perlaksanaan aktiviti kokurikulum akademik.
Tugas-tugas Pentadbiran
Menyediakan laporan lawatan ke sekolah.
Membantu PPD dan JPN dalam penempatan guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
